Merbok Dagang Enterprise telah di daftarkan pada 21 Januari 2002 di bawah Akta Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Syarikat ini telah berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) dan CIBD.
Perniagaan utama syarikat Merbok Dagang adalah kerja-kerja di dalam bidang infrastruktur telekomunikasi seperti pendawaian, membekal, menyelenggara peralatan dan sistem telekomunikasi.
Setelah beroperasi selama lebih tujuh tahun, perkembangan perniagaan ini amat memberansangkan dan mampu bersaing dengan syarikat-syarikat yang lain dalam bidang yang berkaitan. Memandangkan perkembangan bidang ICT amat meluas dari tahun ke tahun di peringkat global, kami percaya bidang ini mampu memberikan perniagaan yang berdaya saing sejajar dengan perkembangan ekonomi negara.
Seiringan dengan perkembangan perniagaan ini, kami juga telah berdaftat sebagai pengedar peralatan telekomunikasi dengan beberapa pengeluar.
Dengan kerjasama dan sokongan dari jabatan-jabatan kerajaan, badan berkanun, sektor korporat dan lain-lain, kami percaya perniagaan ini mampu menjadi salah satu perniagaan yang berdaya maju di peringkat global.